Monday, January 14, 2013

Hukum Orang Islam Bela Anjing

 http://2.bp.blogspot.com/-qG2pOrFvX8I/UPNrUtoGX4I/AAAAAAAAXUE/cz93FkyDEIc/s320/nana-pegang-anjing.jpg

Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing. Di zaman moden ini banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah:

Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat”.

Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat (sebesar gunung) setiap hari?

PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH/MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
Nuffnang Ads

(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)

3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut:

Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :

“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.

0 comments:

Post a Comment

◄ Posting Baru Posting Lama ►
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012. Hidayah Media - All Rights Reserved B-Seo Versi 3 by Blog Bamz