Tuesday, April 22, 2014

Lelaki Mencari Nafkah



Lelaki Mencari Nafkah
=================

Termasuk keutamaan yang Allah berikan kepada lelaki adalah menjadi pemimpin, dan pencari nafkah bagi keluarga.

A. Allah Melebihkan.

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman,

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ...

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka...." (QS. An Nisaa’ : 34)

Syaikh As-Sa’di rahimahullah berkata,

“Kaum lelaki ( suami) berkewajiban mencari nafkah, pakaian dan tempat tinggal bagi kaum wanita...” (Taisir Karimir Rahman)

B. Tetap Bekerja.

Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَأْتِيَ بِحُزْمَةِ حَطَبٍ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَبِيْعَهَا فَيَكُفَّ اللهُ بِهَا وَجْهَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ، أَعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوْهُ.

"Sungguh, salah seorang dari kalian mengambil tali lalu memikul seikat kayu bakar di atas punggungnya. Kemudian ia menjualnya.

Maka dengannya Allah menjaga kehormatan orang itu.

Jauh lebih baik baginya daripada ia meminta-minta orang lain, baik mereka memberi maupun tidak memberinya..."

(HR al-Bukhari: 1471, 2075)

بَارَكَ اللَّهُ فِيْك

0 comments

Post a Comment