Sunday, July 13, 2014

Kuasa Doa #prayforpalestin



Prof. Dr. Rozieta Shaary

KUASA DOA

Semasa serangan pihak Israel ke bumi Palestine sebelum ini, jika tidak silap November 2012, Ibu pernah menyeru agar kita mendoakan agar Allah membantu pihak yang teranaiya. Bgai yang telah lama bersama Ibu, ingat tak lagi posting tu? Ibu cuba cari semula posting itu, tapi FB sekarang ni tak simpan semua posting.

Di dalam posting itu, Ibu ada mengajak agar kita berdoa agar mereka yang menyerang itu ditimbulkan rasa insaf, rasa kasihan dan rasa tidak mahu meneruskan serangan dan pembunuhan lagi. Ibu mengajak semua berdoa agar Allah memberikah keamanan di bumi Gaza dan dunia ini.

Apa yang amat mengejutkan Ibu, walaupun Ibu memang tahu kuasa doa adalah besar; ialah begitu cepatnya doa itu dimakbulkan kerana pada hari esoknya, berlakunya gencatan senjata.

Sesungguhnya, kita ada kuasa untuk menolong membawa keamanan di dunia ini, dengan DOA.

Marilah dari hati yang bersih penuh kasih-sayang dan jangan dengan hati yang menyumpah-nyumpah, kita berdoa agar Allah menyelamatkan golongan yang teranaiya. Semoga Allah melonglaikan badan fizikal mereka yang menganaiya. Dan Allah menerbitkan ke dalam hati mereka yang menganayai itu perasaan kasih sesama manusia dan perasaan tidak sampai hati mencederakan sesama manusia. Semoga Allah meniup ke hati mereka mahu berhenti menyerang dan membunuh manusia yang tidak berdosa kepada mereka.

Kita boleh benci perbuatan buruk, kejam dan melaknat perbuatan terkutuk mereka yang menganaiyai golongan yang tidak berdosa. Dalam masa yang sama, kita perlu sedar hati orang yang melakukan perbuatan itu boleh berubah. Bercakaplah kepada hati itu, berdoalah untuk hati itu, untuk longlai badannya mengangkat senjata menghala kepada manusia yang tidak berdosa.

Semoga hati yang sama itu, akan mendorong badan mengangkat senjata menghala kepada golongan mereka yang mengarahkan untuk manusia membunuh manusia yang tidak berdosa, Malah mereka menolong menghentikan penghambaan manusia kepada manusia.

Ya, Allah, berikanlah keamanan di bumi Gaza itu kembali. Berilah kemenangan kepada hamba Mu yang mengESAkan Mu. Selamatkan anak-anak kecil dari terus-menerus dibunuh dengan kejam.

Ya, Allah lembutkan hati mereka yang angkuh. Semoga dihidup rasa keperikemanusiaan di hati mereka dan mereka menghentikan terus serangan dan pembunuhan yang kejam ini.

Berilah keamanan dan kesejahteraan di dunia ini. Berilah keamanan untuk bumi Malaysia ini.

Ya Allah, hanya Dikau yang lebih Mengetahui. Hanya Dikaulah Yang Maha Menyelamat.

Amin, Amin Ya Rabal alamin

0 comments

Post a Comment