Monday, August 17, 2015

Kurniakan Kami Keluarga Bahagia



Kita boleh memberikan anak kita tinggal di dalam rumah yang besar, makan makanan yang sedap, mengizinkan mereka menonton TV yang besar, tetapi dalam sesetengah urusan, biarkan mereka merasai pengalamannya sendiri.

Selepas makan, ajarkan mereka mencuci pinggan bersama dengan adik beradik mereka. Di hujung minggu, ajarkan mereka cara mengemas rumah dan sebagainya.

Bukannya kerana kita tidak mampu menggajikan pembantu rumah, tetapi kerana kita sayang dan mahukan mereka berdiri di atas jalan yang betul.

Kita mahu mereka faham, tidak kira betapa kayapun kekayaan yang kita ada, suatu hari nanti, mereka akan membesar dan menjadi ibu bapa, sebagaimana kita hari ini.

Apa yang paling penting, anak-anak kita belajar cara untuk menghargai kesusahan dan pengalaman daripada kehidupan dan barulah di akhirnya mereka akan lebih menghargai orang lain di sekeliling mereka.

0 comments

Post a Comment