
TOK SELEHOR - Ulama Kelantan yang mempelopori perarakan MAULID NABI S.A.W secara besar-besaran.
.
Tok Selehor atau Tok Selehong, nama lengkapnya ialah Abdur Rahman bin Utsman bin Senik. Ustaz Ismail Awang menulis dalam majalah Pengasuh;
.
"Tok Selehor pernah mengadakan MAULID AN-NABI secara besar-besaran dan dialah ulama Kelantan yang mempelopori perayaan itu. Berzanji dibaca dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran diadakan. Pernah berpuluh-puluh ribu orang datang ke majlis perayaan MAULID NABI anjurannya. Hal ini pernah dikritik oleh akhbar-akhbar pada zaman itu, tetapi beliau tidak juga berhenti kerana beliau ingin menanam rasa cinta umat kepada Rasulullah S.A.W. yang penuh tenaganya berjuang menyebarkan Islam. Dengan cara itu anak-anak pondok lebih cepat bermesra dengan Rasulullah S.A.W daripada hanya menyampaikan kisah tanpa diadakan gerak kerja.''
.
Ulama yang berasal dari Kelantan ini lahir di Kampung Lubuk Jong, tahun 1289 H/1872 M, wafat malam Khamis, 18 Zulkaedah 1353 H/20 Februari 1935 M. Beliau adalah sahabat Tok Kenali, juga sahabat kepada beberapa ulama terkenal lain yang sezaman, antaranya; Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh al-Islam Selangor, Utsman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahhab atau Tok Bacok, dan ramai lagi.
.
___
Sumber: Koleksi Ulama Nusantara Jilid I, Wan Mohd Shaghir Abdullah, terbitan Khazanah Fathaniyah (2010).
*kredit Facebook Penjejak Akhirat*
0 comments
Post a Comment