4 PERKARA YANG BAIK DAN 4 PERKARA YANG KEJI
" Ada empat perkara yang baik tetapi empat perkara yang lain itu terlebih baik.
1. Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu terlebih baik.
2. Adil bagi setiap orang itu baik, tetapi adil bagi pemimpin itu terlebih baik.
3. Taubat orang tua baik, tetapi taubat orang muda itu terlebih baik.
4. Pemurah bagi orang kaya itu baik, tetapi pemurah bagi orang miskin itu terlebih baik. "
" Ada empat perkara keji tetapi empat perkara yang lain itu terlebih keji.
1. Dosa bagi pemuda itu keji tetapi dosa bagi orang tua itu terlebih keji.
2. Orang yang sibuk dengan dunia itu keji tetapi orang alim yang sibuk dengan dunia itu terlebih keji.
3. Malas melakukan taat bagi manusia biasa itu keji tetapi malas melakukan taat bagi orang alim dan penuntut ilmu itu terlebih keji.
4. Takabbur bagi orang kaya itu keji tetapi takabbur bagi orang fakir itu terlebih keji. "
#KalamSufi#
0 comments
Post a Comment