Tuesday, January 29, 2019

Biodata Tengku Ampuan Pahang Kelima

PEKAN: Berikut adalah biodata rasmi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Tunku Azizah yang dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, adalah anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Pendidikan


1963-1966 : Taman Kanak-Kanak Tengku Ampuan Besar Meriam, Johor Bahru

1967-1972 : Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru

1973-1979 : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

1982-1983 : Universiti Nasional Singapura (NUS) (Sains Politik dan Sosiologi)

Suami

Berkahwin dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986.

Anakanda Putera dan Puteri

1. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

2. Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah

3. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Iman Afzan

4. Yang Amat Mulia Puteri Ilisha Ameera

5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Ilyana

6. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah

7. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah

8. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah

9. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Jawatan Disandang

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang

Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja

Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Dunia

Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Pahang

Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Kebangsaan (1991)

Naib Yang Dipertua PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011)

Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang

Pengasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)

Pemegang Amanah Utama Yayasan Istana Abdulaziz

Ahli Lembaga Pengarah The Olave Baden-Powell Society Peringkat Dunia

Canselor Diraja Universiti Kolej Berjaya

Canselor Diraja Universiti Kolej Yayasan Pahang

Presiden Serantau untuk Asia Tenggara dan Timur Jauh, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2010-2016)

Timbalan Presiden Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2007- 2010)

Penaung Diraja Persatuan Jurumasak Pantai Timur dan Malaysia

Penaung Diraja Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia

Patron Trefoil Guild Pahang (2001)

Pencapaian

Calon World Presiden Associated Country Women of the World (ACWW) di Melbourne, Australia pada April 2019 (tarik diri).

Menubuhkan TAFF dengan kelahiran sebanyak 115 bayi sejak 2004.

Anggota Global Girls Fund Council of Ambassadors, World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 2010.

Penaung Diraja, WAGGGS Friends of Asia Pacific 2006.

ASEAN Global Award for Achievement 2012.

Menubuhkan Sekolah Masak Tunku Azizah WI Negeri Pahang.

Menubuhkan Charity Shop WI.

Menubuhkan Pusat Jahitan Women’s Institute, Pahang.

Menghadiri persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia sebanyak lima kali.

Menghadiri Commission on the Status of Women, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 2009 dan 2018.

Menghasilkan buku resipi ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ pada 2005 dan dua buku resipi lain iaitu ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang’ dan ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang’ pada 2018.

Mengangkat Tenun Pahang dengan memasyhurkannya sebagai Tenun Pahang Diraja pada Mei 2006 dan perkembangan dipantau rapi melalui Badan Penasihat Pembangunan Tenun Pahang Diraja.

Menubuhkan Institut Kemahiran Tengku Ampuan Mariam untuk melatih golongan muda khasnya untuk memartabatkan Tenun Pahang Diraja di Kompleks Budaya dan Kraftangan Pulau Keladi pada 2010 selain turut mengasaskan Yayasan Tenun Pahang Diraja.

Minat

Memasak, menjahit, mengait, menyulam, membatik dan mereka bentuk Tenun Pahang Diraja.

– BERNAMA

0 comments

Post a Comment