Sunday, August 10, 2014

Adab-adab Seorang Tetamu



Di antara kelaziman hidup bermasyarakat adalah budaya saling mengunjungi atau bertamu, yang dikenal dengan isitilah silaturrahim oleh kebanyakan masyarakat. Walaupun sesungguhnya istilah silaturrahim itu lebih tepat (dalam syari’at) digunakan khusus untuk berkunjung/ bertamu kepada kaum keluarga dalam rangka mempererat hubungan kekerabatan.

Namun, bertamu, baik itu kepada sanak saudara, tetangga, sahabat handai, atau pihak lainnya, bukanlah sekadar budaya semata-mata melainkan termasuk perkara yang dianjurkan di dalam agama Islam yang mulia ini. Kerana berkunjung/bertamu merupakan salah satu saranan untuk saling mengenal dan mempererat tali persaudaraan terhadap sesama muslim.

Allah berfirman:
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian dari seorang laki-laki dan perempuan, dan menjadikan kalian berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kalian saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13)

Rasulullah bersabda:
إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ أَوْ زَارَهُ ، قَالَ اللهُ لَهُ : طِبْتَ وَطِابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مَنْزِلاً فِي الْجَنَّةِ
“Bila seseorang mengunjungi saudaranya, maka Allah berkata kepadanya: “Engkau dan perjalananmu itu adalah baik, dan engkau telah menyiapkan suatu tempat tinggal di al jannah (surga).” (Shahih Al Adabul Mufrad no. 345, dari shahabat Abu Hurairah )

Namun yang tidak boleh dilupakan bagi orang yang hendak bertamu adalah mengetahui adab-adab dan tata tertib dalam bertamu, dan bagaimana keelokan perangai (akhlaq) seorang mukmin dalam bertamu. Kerana memiliki dan menjaga perangai (akhlaq) yang baik merupakan tujuan diutusnya Rasulullah , sebagaimana beliau bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ ِلأُ تَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ
“Sesungguhnya aku diutus dalam rangka menyempurnakan akhlaq (manusia).”

Oleh kerana itu, pada kajian kali ini, akan kami sebutkan beberapa perkara yang hendaknya diperhatikan dalam bertamu. Di antaranya sebagai berikut:

1. Beri’tikad Yang Baik
Di dalam bertamu hendaknya yang paling penting untuk diperhatikan adalah memilki i’tikad dan niat yang baik. Bermula dari i’tikad dan niat yang baik ini akan mendorong kunjungan yang dilakukan itu sentiasa diwarnai dengan rasa kesejukan dan kelembutan kepada pihak yang dikunjungi.

2. Tidak Memberatkan Bagi Tuan Rumah
Hendaknya bagi seorang tetamu berusaha untuk tidak membuat kerosakan atau menyusahkan tuan rumah, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah :

لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُقِيْمَ عِنْدَ أَخِيْهِ حَتَّى يُؤْثِمَهُ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَكَيْفَ يُؤْثِمُهُ؟ قَالَ: يُقِيْمُ عِنْدَهُ وَلاَ شَيْءَ لَهُ يَقْرِيهِ بِهِ
“Tidak halal bagi seorang muslim untuk tinggal di tempat saudaranya yang kemudian saudaranya itu terjatuh ke dalam perbuatan dosa. Para shahabat bertanya: “Bagaimana bisa dia menyebabkan saudaranya terjatuh ke dalam perbuatan dosa?” Beliau menjawab: “Dia tinggal di tempat saudaranya, padahal saudaranya tersebut tidak memiliki sesuatu yang bisa disuguhkan kepadanya.” (HR. Muslim)

Jadi hendaklah kita pandai membawa diri ketika berada di rumah orang. Jangan berperangai "ala Diva" semasa keberadaan kita di rumah orang lain. Ingatlah bahawa rumah yang kita kunjungi tidak seperti rumah kita sendiri. Setiap keluarga mempunyai etika dan cara mereka dibesarkan. Kalau sudah semulajadi berat tulang, janganlah melayan tuan rumah seperti pembantu rumah pula kan?

3. Memilih Waktu Berkunjung
Hendaknya bagi orang yang ingin bertamu juga memperhatikan dengan cermat waktu yang tepat untuk bertamu. Kerana waktu yang kurang tepat terkadang boleh menimbulkan perasaan yang kurang baik dari tuan rumah bahkan tetangganya.

Dikatakan oleh shahabat Anas :
كَانَ رَسُولُ اللهِ لاَ يَطْرُقُ أَهْلَهُ لَيْلاً وَكَانَ يَأْتِيْهِمْ غُدْوَةً أَوْ عَشِيَّةً
“Rasulullah tidak pernah mengetuk pintu pada keluarganya pada waktu malam. Beliau biasanya datang kepada mereka pada waktu pagi atau petang.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Demikianlah akhlak Nabi , beliau memilih waktu yang tepat untuk mengunjungi keluarganya, lalu bagaimana lagi jika beliau hendak bertamu/mengunjungi orang lain (shahabatnya)? Tentunya kita semua diperintahkan untuk meneladani beliau.

Pada zaman sekarang, suami dan isteri sibuk bekerja pada siang hari. Tekanan kerja yang dialami sewaktu bertugas memerlukan rehat yang sempurna ketika pulang dari kerja. Pada hari waktu bekerja, malam hari adalah waktu dimana tuan rumah hendak merehatkan badan dan masa bersama keluarga mereka. Seeloknya hujung minggu hari yang sesuai untuk kita berkunjung.

4. Memberitahukan Perihal Kedatangannya (meminta izin) Sebelum Bertamu
Adab ini sangat penting untuk diperhatikan. Mengapa ? Kerana bukan setiap waktu seseorang muslim itu bersedia menerima tetamu. Barangkali ia punya keperluan/hajat yang harus ditunaikan sehingga ia tidak boleh ditemui. Atau barangkali ia dalam keadaan kesulitan sehingga ia tidak dapat menjamu tetamu sebagaimana dianjurkan oleh syari’at. Betapa banyak manusia yang tidak dapat menolak seorang tetamu apabila si tetamu telah mengetuk pintu dan mengucapkan salam padahal ia punya hajat yang hendak ia tunaikan.

Allah telah memberikan kemudahan kepada kita berupa cara-cara komunikasi (surat, telefon, sms, dan yang lainnya) yang boleh kita gunakan untuk melaksanakan adab ini. Jadi seeloknya kita memberitahu tuan rumah seawal dari tarikh kita ingin berkunjung bagi memudahkannya. Setiap orang mempunyai masalah masing-masing. Jadi kita perlu menghormati tuan rumah dengan meminta izin terlebih dahulu melainkan terdapat perkara penting yang tidak dapat dielakkan.

5. Menentukan Awal dan Akhir Waktu Bertamu
Adab ini sebagai alat kendali dalam mengefisienkan waktu bertamu. Tidak mungkin seluruh waktu hanya habis untuk bertamu dan melayani tamu. Setiap aktiviti selalu dibatasi oleh aktiviti lainnya, baik bagi yang bertamu mahupun yang tuan rumah. Apabila memang keperluannya telah selesai, maka hendaklah ia segera pulang sehingga waktu tidak terbuang sia-sia dan tidak memberatkan tuan rumah dalam pelayanan.

6. Tidak Sering Bertamu
Mengatur kekerapan bertamu sesuai dengan keperluan dapat menimbulkan kerinduan dan kasih-sayang. Hal itu merupakan sikap pertengahan antara terlalu sering dan terlalu jarang. Terlalu sering menyebabkan kebosanan. Sebaliknya, terlalu jarang mengakibatkan putusnya hubungan silaturahim dan kekeluargaan. Pilihlah waktu yang sesuai. Jika dalam seminggu lebih dari 3 hari datang bertandang ke rumah, ia akan mengakibatkan tuan rumah merasa tidak selesa.

7. Menjaga Percakapan
Memastikan percakapan kita tidak menyakiti hati tuan rumah dan jangan tinggikan suara sehingga mengganggu ahli rumah yang lain terutama ketika berlangsungnya peperiksaan, waktu malam yang mana kemungkinan akan mengganggu ahli rumah yang lain yang hendak tidur dan sebagainya. Jangan berbual perkara yang sia-sia dan melanggar syariat Islam seperti mengumpat dan mencaci. Jangan berbual terlalu lama sehingga mengganggu masa tuan rumah terutama jika kita tahu dia mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan. Berbuallah perkara yang dapat menambah pengetahuan terutama yang bersangkutan dengan pelajaran, masalah umat dan mengerat hubungan serta mahabbah.

8. Menjaga Mata
Kita mestilah menjaga mata agar tidak melihat perkara yang ada di dalam rumahnya terutama apabila kita melawat rumah mutazawwij ( berkeluarga ). Ini bagi memastikan kita tidak terpandang perkara yang haram. Oleh itu, jagalah mata kita daripada memandang sesuatu di dalam rumah orang yang dilawati tanpa mendapat keizinannya terlebih dahulu.Begitu juga ketika berada di mana sahaja agar kita dapat sama-sama menghindari maksiat mata. Ingatlah bahawa setiap anggota badan kita akan menjadi saksi kepada segala amalan kita di akhirat nanti.

9. Berterima Kasih
Mengucapkan terima kasih di atas segala layanan yang telah diberikan.Bersalaman sebelum berpisah di samping mengucap kata-kata yang disukai oleh tuan rumah. Sentiasa menjaga rahsia jika ada sama ada berkaitan dengan dirinya,rumah ataupun ahli yang lain agar persahabatan yang di semai terus subur serta segala permasalahan dapat dielakkan.

10. Segera Kembali Setelah selesai Urusannya
Termasuk pula adab dalam bertamu adalah segera kembali bila keperluannya telah selesai, supaya tidak mengganggu tua rumah. Sebagaimana penerapan dari kandungan firman Allah : “…tetapi jika kalian diundang maka masuklah, dan bila telah selesai makan kembalilah tanpa memperbanyak percakapan,…” (Al Ahzab: 53)

11. Mendo’akan Tuan Rumah
Hendaknya seorang tetamu mendoakan atas jamuan yang diberikan oleh tuan rumah, lebih baik lagi berdo’a sesuai dengan do’a yang telah dituntunkan Nabi , yaitu:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيْ مَا رَزَقْتَهُمْ وَ اغْفِرْ لَهُمْ وَ ارْحَمْهُمْ
“Ya Allah…, berikanlah barakah untuk mereka pada apa yang telah Engkau berikan rizki kepada mereka, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka.” (HR. Muslim)

Demikianlah tata tertib bertamu, mudah-mudahan pembahasan ini menjadi bekalan bagi kita (kaum muslimin) untuk lebih bersikap sesuai dengan bimbingan Nabi dalam bertamu.

0 comments

Post a Comment