Monday, April 17, 2017

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Demam Mengampunkan Dosa



1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Demam Mengampunkan Dosa

عَنْ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ الْمُسَيَّبِ فَقَالَ مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ قَالَتْ الْحُمَّى لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا فَقَالَ لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ

Dari Jabir bin 'Abdullah bahwa Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyab, maka baginda bertanya: "Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?" Jawab Ummu Saib; "Demam! Yang Allah Ta'ala tidak memberi barakah dengannya." Nabi SAW bersabda: "Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya Kir (alat peniup atau penyala api) membersihkan karat-karat besi." (HR Muslim No: 4672) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sihat dan sakit adalah anugerah Allah kepada setiap orang.

2. Setiap Muslim yang diuji dengan sebarang penyakit seperti demam, perlu bersabar dan reda di atas penyakit yang dihadapi.

3. Janganlah menyalahkan penyakit atau merunggut dengan penyakit yang dihidapi.

4. Ujian penyakit seperti demam, keatas anak Adam akan membersihkan dosa-dosanya seperti kir (sejenis bahan) membersihkan karat besi.

Semoga kita sabar dan reda di atas sebarang ujian penyakit.

0 comments

Post a Comment