1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Wanita Ahli Syurga
عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا
Dari Imran bin Abu Bakar dia berkata; telah menceritakan kepadaku 'Atha` bin Abu Rabah dia berkata; Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku; "Mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita ahli syurga?" jawabku; "Tentu." Dia berkata; "Wanita berkulit hitam ini, dia pernah menemui Nabi SAW sambil berkata; "Sesungguhnya aku menderita epilepsi dan auratku sering terbuka (sehingga) dilihat orang (ketika penyakit itu datang), maka berdoalah kepada Allah untukku." Baginda bersabda: "Jika kamu bersabar maka bagimu syurga, dan jika kamu mahu maka aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menyembuhkanmu." Wanita itu lalu berkata; "Baiklah aku akan bersabar." Wanita itu berkata lagi; "Namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap." Maka baginda mendoakan untuknya." (HR Bukhari No: 5220) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap penyakit itu datang daripada Allah.
2. Berusaha dan berikhtiar merawat penyakit juga dituntut, disamping berdoa untuk kesembuhan.
3. Bersabar dan reda terhadap ujian penyakit dengan tidak mengeluh dan marah terhadap takdir Allah. Tahan lisan dari mengeluh, marah, atau ucapan lain yang menunjukkan tidak menerima takdir Allah.
4. Berdoa agar Allah memelihara diri sepanjang kita menghadapi kesakitan tersebut.
5. Orang yang bersabar dan reda menghadapi ujian penyakit, dijanjikan sebagai calon ahli syurga seperti wanita diatas.
0 comments
Post a Comment