PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Berilmu Untuk Memahami Agama
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
Dari Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan, maka Allah akan memberikan pemahaman kepadanya tentang agama." (HR Ibnu Majah No: 216) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah yang menganugerahkan kebaikan pada sesiapa yang dikehendaki.
2. Satu daripada ciri orang yang mendapat kebaikan ialah ia menjadi orang yang faqih atau memperoleh kefahaman terhadap agama menerusi al-Quran dan hadis yang didasari dengan kebersihan hati dan aqidah yang sahih.
3. Faqih juga bermaksud memahami agama dengan ilmu yang benar dan sahih.
4. Berusahalah kita menjadi orang yang taat kepada perintah Allah dengan ilmu dan berusaha memahami agama ini dengan pemahaman berdasarkan al-Quran dan hadis.

0 comments
Post a Comment